Finding my way

 Saya kawin pada tahun 2017

Anak seorg lahir tahun 2019, pernah gugur tahun 2018.


Saya ingin bercerai sebab saya rasa saya da tak boleh menajdi isteri yang baik.

Kerana suami saya ada masalah untuk menguruskan kewangan.


Semasa awal perkahwinan, dia mmg ada bgtau dia ada buat personal loan sebanyak 30k. Sehinggalah tahun 2019 saya baru tau yg jumlah sebenar adalah 60k. Selepas perkahwinan, saya menjadi suri rumah, namun begitu ada juga saya tolong top up utk rumah tangga dengan duit simpanan saya sendiri dan dengan brg brg kemas yg saya ada. Setakat ini rantai leher dan rantai tangan yg masih belum dpt dituntut.


My turning point was masa anak saya jatuh sakit pertengahan bulan january 2022. Punca sakit adalah sbb kecuaian dia bg makanan berusia seminggu lebih dlm peti tanpa pengetahuan saya sehinggala saya perasan anak saya makan benda lain dr apa yg saya arahkan  sbb saya sibuk bekerja. Semasa saya di hospital dia lebih risaukan bayaran bill dr mana. Semasa saya gugur pun takde duit nak bayar bill saya pinjam kawan. Masa saya bersalin pun takde duit simpanan mmg mengharapkan duit gaji sahaja. Sehari sebelum anak saya masuk hospital tu RM2 pun minta kat saya utk beli air mineral sedangkan saya da tak pegang cash sbb dia cenderung minta duit pagi pagi sebelum kerja bila hujung hujung bln andai dia tau saya ada cash, baik sebelum saya bekerja atau selpas bekerja.


Kami pernah cuba utk uruskan kewangan dgn memberi saya uruskan duit gaji dia sebelum ni. Tapi susah nak berjaya sbb dia tetap akan minta duit walaupun saya bertegas utk simpan.


Saya boleh terima lagi sebelum ni sbb mungkin sbb seorang gaji.


Tapi Saya mula bekerja nov 2021 dan dia juga da naik gaji dan pangkat masa yg sama.


Sebulan pertama saya bekerja dalam minggu kedua dia da mula ckp duit da takde. Tapi bila ajak klua makan mana mana tiba tiba dia akan suruh saya bayar.

Bulan kedua saya bekerja. selepas, seminggu gaji dia masuk dia kata dia takde duit.

Alasan sbb byk komitmen. Saya da cuba buat budget utk dia tp dia tak ikut atau tak ada bukti yg dia habiskan mengikut budget. Selain itu certain budget macam minyak dan makan di ofis sengaja saya lebihkan utk melihat reaksi dia. 


To note sejak tahun lepas dia tak perlu bayar kereta viva dia. Sejak saya kerja saya bayar kereta saya sendiri. Duit kwsp yang kami berjaya kluakan pun byk pergi utk baiki kereta viva dia/ pindah rumah. 


Dia hny kosisten bg nafkah tahun 2021, selepas saya meluah perasaan saya tak ada hati perasaan dgn dia pada bulan april/may, saya tak ingt, saya kena rujuk blog saya semula. Semasa luahan perasaan itu saya da jelaskan masalah utama saya dgn dia dan dia ckp dia cuba berubah. 


Sebelum ini, walaupun dia bg nafkah, dia akan 'pinjam' semula duit tu utk kegunaaan beli barangan rumah atau pergi ke kerja. Kadang kadang jumlah diminta melebihi jumlah dia bg nafkah. Nafkah dia bg RM200. 


Sejak tahun ni saya tak beri dia apa apa walaupun dia minta, tahun lepas saya last tolong belanja rumah rm400. Brg brg tu masih ada lg dirumah jadi jika Januari dia habiskan belanja dapur RM600 tak logik pada saya.  Mungkin dia menggunakan duit tabung haji anak saya sbb hny dia ada akses pada akaun tu. Rantai anak saya yg kami sepakat utk tidak usik dan dibeli tahun lepas telah dia gadaikn semula dan berjanji akan tebus selepas mendapat bonus.


Setiap kali dia minta duit dan saya tolak saya akan tny duit dia kemana dan dia akan ungkit budget saya buat salah tp masih xdpt jelaskan jika saya membuat pertikaian;


contoh: perbelanjaan dapur sebulan RM600. minggu pertama dia akan beli dia ckp RM160. masuk minggu kedua dia kata da belanja RM300 sedangkan saya tau barang dapur tak berubah dan saya tuntut resit. in the end resit yg dia tunjuk bercampur dgn perbelanjaan lain yg bukan permintaan saya (beli makanan luar, saya da tak minta makan luar dan saya tak nak tentukan makan di mana mana sebab in the end dia akan ungkit ini punca dia takde duit).


Most of the time dia akan ungkit sebab saya atau anak minta beli kalau duit dia xcukup. Anak saya baru berusia 3 tahun jadi utk barangan mainan mahal adalah mustahil utk dia minta.


Saya pernah cuba mengurus rumah tangga dgn baik tapi in the end saya jadi sgt penat masak tiga kali sehari. Saya juga da tak larat nak mengemas rumah sbb setiap kali saya mengemas dia takkan cuba mengajar anak saya utk mengemas bersama tp ini cerita lain.


Saya tak cuba siasat lebih dalam perbelanjaan dia sebab saya tak nak lebih sakit hati dgn dia sbb saya nak cuba berpisah secara baik.


Saya nak bercerai sbb saya da tak dapat tanggung gangguan emosi risau stress dia akan ckp tak ade duit atau nak pinjam duit sbb saya tak ada jaminan dia akan ganti atau saya sendri terlupa sbb fikir demi family. Saya tak nak harta saya habis mcm tu je tapi pada masa sama dipersalahkan jika tak cukup/tak ada. Skrg saya lebih berhati hati berbelanja supaya dia tak tau berapa byk duit saya ada. Barang kemas saya sendiri pun saya da sorok awal awal dan dia pernah tny kemana saya simpan, saya tak bgtau. Saya rasa terperangkap utk jadi diri sendiri utk kemas n didik anak saya.


Tahun lepas saya masih lg teragak agak sbb saya fikir saya tak ada apa apa dan kesiankan anak saya. Tp tahun ni saya jadi bertambah yakin sejak anak saya sakit haritu. Saya acknowledge dia cuba jadi ayah yg baik cuma saya da penat menegur benda benda common sense mcm perhatian utk anak masa makan, masa bermain jgn main phone or tgk tv, anak panggil perlu dijawab, perlu bertegas dgn anak serta jaga aurat.


Sejak awal perkahwinan kami memang bersikap berterus terang dan dia selalu berjanji akan berubah tp sentiasa mengulang kesilapan sama berulang ulang. Saya tak nak bergaduh dpan anak sbb anak saya akan stress bila saya tinggi kn suara jd saya pilih utk berdiam wlpn masih xpuas hati dan meluah dgn kwn kwn saya sebab da byk kali bila saya tak puas hati, suami saya akan menidakkan peristiwa itu berlaku dan saya terlupa. Jadi skrg apa apa perbalahan, saya akan ada back up person yg tau apa berlaku dlm perbalahan tu supaya saya tau mmg terjadi dan bukan imaginasi saya dia tukar cerita dia.


Ada lg yg saya tak puas hati tapi pada saya menguruskan kewangan yang menjadi punca utama saya tak boleh bertahan, walaupun dia bergaji lebih besar akan dtg, saya akan panic sbb dia pernah kata nak amek kad kredit dan mcm mcm perberlanjaan lain, sedangkan sekolah anak pun separuh saya byr.  To note, kad kredit dia baru je habis bayar dan dilepaskn CCRIS.

I sent this to a lawyer today.

Comments

Popular posts from this blog

And it all became memories

Some Things are just meant for Dreams

Do I? Should I?